UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis terhadap terjemahan kamusi & pengaruh bahasa sumber dalam Surah Al-Baqarah dalam Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan

AVAILABLE Thesis 1217 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis terhadap terjemahan kamusi & pengaruh bahasa sumber dalam Surah Al-Baqarah dalam Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan
Type
Thesis
Main Author
Ahmad@Ahmad Asri Lubis
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2014
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji terjemahan Surah Al-Baqarah dalam Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan (QM) khususnya mengenai padanan unit-unit ayat Kalamullah, termasuk partikel, kata nama, kata kerja, dan pengistililahan Al-Quran (PQ). Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah analisis dokumen yang menggunakan kaedah yang diberi nama Panduan Kaedah Terjemahan Arab Melayu (PaKTAM). Kaedah ini diolah dan dirumuskan secara khasnya daripada pelbagai karya terjemahan ilmuwan Nusantara yang bergiat dalam lapangan terjemahan Arab-Melayu. PaKTAM juga memanfaatkan gagasan para ilmuwan terjemahan lain yang bergiat dalam bidang terjemahan secara amnya, termasuk ilmuwan Nusantra itu sendiri. Kajian kepustakaan juga digunakan dalam meneliti karya terjemahan QM di samping menggunakan pendekatan analisis dan perbandingan. Kajian ini mendapati bahawa QM dalam memberi padanan unit-unit ayat Kalamullah, sangat ketara pengaruhnya dengan terjemahan kamusi dan kenahuan, budaya dan struktur bahasa sumber (BSu). Fenomena ini meghasilkan terjemahan yang tidak sesuai dengan lumrah bahasa sasaran (BSa), dan kurang menepati roh BSu. Perkara ini menyebabkan karya QM sarat dengan tambahan tafsiri, malah pada kebanyakannya padanan QM didapati agak lewah. Hal ini berlaku kerana terikut dengan pelbagai karya terdahulu yang dijadikan rujukan utama. Kajian ini juga mendapati bahawa dalam penterjemahan ini perlu diterapkan gagasan para penteori terjemahan bagi menghasilkan terjemahan murni yang tidak bersifat jumud. Implikasi utama kajian ini adalah dapatan yang menunjukkann keberkesanan kaedah PaKTAM yang juga merupakan sumbangan utama kajian ini terhadap korpus ilmu dalam bidang ilmu terjemahan Al-Quran.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.