UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Penyelidikan ini telah menyingkap tentang bagaimana kanak-kanak berbakat mengalami stres dan apakah impak yang dihadapi. Selain itu persoalan tentang punca dan kesan stres yang dialami oleh kanak-kanak berbakat juga diperbincangkan secara mendalam dalam kajian ini. Metodologi yang digunakan adalah penyelidikan kualitatif kajian kes Intrinsik yang melibatkan pendekatan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Penyelidikan ini mengambil masa selama sembilan bulan bermula dari Mac 2010 hingga November 2010 dan menjurus kepada seorang kanak-kanak berbakat sebagai subjek kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kanak-kanak berbakat tidak terlepas dari pengaruh stres. Kehadiran stres dapat dikenal pasti melalui beberapa simptom yang ditunjukkan oleh kanak-kanak terbabit. Kajian ini juga mendapati kehadiran stres berpunca dari beberapa faktor penyebab seperti kendiri, keluarga dan persekitaran. Kehadiran stres yang didorong oleh beberapa faktor penyebab telah memberi kesan yang besar dalam kehidupan kanak-kanak berbakat. Kesan stres yang dialami oleh kanak-kanak tersebut dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti fizikal, psikologi dan tingkah laku. Hasil kajian ini amat penting diperkembangkan untuk membolehkan langkah pro aktif dapat segera dilaksanakan bagi menangani masalah stres dalam kalangan kanak-kanak berbakat. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |