Bentuk pendidikan secara nonformal dan informal yang berlaku ke atas peranan kurator dan kuratorial BSVN
Type
Thesis
Main Author
Erry Arham Azmi
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2014
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti serta menganalisis peranan kurator dan kuratorial di Balai Seni Visual Negara (BSVN). Berasaskan sudut pandangan pendidikan, penyelidikan ini juga bertujuan menjelaskan bentuk pendidikan secara nonformal dan informal yang berlaku ke atas peranan kurator dan kuratorial Balai Seni Visual Negara (BSVN). Bakat Muda Sezaman (BMS) tahun 2000, 2002, 2004, 2006 dan 2010 dijadikan kajian kes untuk memahami perkembangan peranan kurator dan kuratorial di BSVN. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif, dengan pengumpulan data dari temu bual, pemerhatian, sumber dokumen dan rakaman gambar. Penyelidikan ini menggunakan Model Interaktif yang diperkenalkan oleh Miles dan Huberman untuk kaedah analisis data kajian. Hasil analisa mendapati kurator di BSVN telah menjalankan kerja kuratorialnya mengikut bahagian dan arahan, tetapi peranan kurator adakalanya bertindan dan membebankan. Bentuk pendidikan yang berlaku pula lebih bersifat umum. Sementara peranan kurator dan kuratorial dalam BMS tidak banyak berIaku perubahan dalam corak kerjanya. Penyelidik telah mencadangkan beberapa cadangan bagi menambahbaik peranan kurator dan kuratorial di BSVN, kaedah pendidikan nonformal secara lebih khusus, dan peranan kurator dan kuratorial dalam BMS yang harus dijalankan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.