UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Anuar Hassan
Title :Kesan animasi bersegmen dengan pelbagai strategi kawalan pengguna terhadap prestasi dan bebanan kognitif pelajar (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan animasi bersegmen dengan pelbagai strategi kawalan pengguna terhadap prestasi dan bebanan kognitif pelajar yang berbeza tahap pengetahuan sedia ada. Penilaian dilakukan melalui ujian pos dan ujian bebanan kognitif manakala lima strategi kawalan pengguna tersebut ialah strategi Kawalan Pengguna Linear (KPL), Kawalan Pengguna Rawak (KPR), Kawalan Program (KP), Kawalan Pengguna Bebas (KB) dan Tanpa Kawalan (TK). Reka bentuk kajian berbentuk eksperimen kuasi dan data kajian dianalisis melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 265 orang pelajar semester 2 kursus Diploma Sistem Rangkaian dari lima buah Politeknik dipilih sebagai sampel kajian. Secara keseluruhan, ujian statistik ANCOVA, ANOVA, regresi linear serta regresi linear berganda digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari sudut ujian pos dan bebanan kognitif antara kumpulan pelajar yang menerima strategi kawalan paparan animasi bersegmen yang berbeza. Selain itu, daripada aspek pengetahuan sedia ada pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari sudut prestasi ujian pos dan bebanan kognitif antara kumpulan pelajar yang mempunyai pengetahuan sedia ada yang tinggi dan rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap bebanan kognitif mempunyai hubungan yang signifikan sebagai peramal signifikan dalam menentukan pencapaian pelajar. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati peranan bebanan kognitif adalah mediator yang signifikan terhadap perhubungan antara strategi kawalan paparan animasi bersegmen dengan pencapaian pelajar. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan penggunaan strategi kawalan pengguna sama ada Kawalan Pengguna Rawak atau Kawalan Pengguna Linear sebagai strategi yang signifikan untuk pembelajaran kandungan abstrak dalam bentuk animasi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)