UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan tahap realistik karakter animasi talking-head terhadap prestasi pembelajaran dan emosi pelajar.

AVAILABLE Thesis 1608 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Kesan tahap realistik karakter animasi talking-head terhadap prestasi pembelajaran dan emosi pelajar.
Type
Thesis
Main Author
Mohd Najib Hamdan
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2015
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan membangun dan menilai kesan penggunaan karakter animasi talkinghead yang berbeza tahap realistik terhadap prestasi pembelajaran dan emosi pelajar. Empat koswer animasi talking-head dengan tahap realistik berbeza iaitu karakter animasi tiga dimensi tidak realistik (3D-TR), karakter animasi tiga dimensi realistik (3D-R), karakter animasi dua dimensi (2D) dan karakter manusia sebenar (MANUSIA) dibangunkan untuk diuji secara eksperimen kuasi. Penilaian animasi talking-head ini diukur melalui ujian sebutan dan ujian emosi setelah pelajar selesai menerokai koswer animasi talking-head secara kendiri. Seramai 150 orang pelajar semester 1 kursus Sijil Multimedia Kreatif Animasi dari empat buah Kolej Komuniti dipilih sebagai sampel kajian melalui kaedah pensampelan bertujuan. Ujian statistik ANCOVA, regresi linear serta regresi linear berganda digunakan untuk menjawab persoalan kajian secara kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan daripada sudut prestasi ujian sebutan dan emosi pelajar antara kumpulan pelajar yang menerima strategi tahap realistik animasi talking-head yang berbeza. Kumpulan pelajar 3D-TR merupakan kumpulan pelajar yang telah memperoleh min skor tertinggi dalam ujian sebutan dan ujian emosi manakala kumpulan pelajar 3D-R pula memperoleh min skor yang terendah dalam kedua-dua ujian tersebut. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati peranan emosi sebagai mediator separa yang signifikan terhadap perhubungan antara tahap realistik karakter talking-head dengan prestasi pembelajaran pelajar. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan penggunaan karakter animasi talking-head yang tidak realistik didapati mampu meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar di samping dapat mengelak emosi mereka terganggu dalam proses pembelajaran. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan karakter animasi 3D-TR adalah strategi yang terbaik untuk reka bentuk karakter animasi talkinghead

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.