Nilai estetik pantun dalam tradisi nikah kahwin masyarakat Melayu Tanjung Pinang Riau Indonesia
Type
Thesis
Main Author
Muharroni
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat nilai estetik dalam pantun tradisi nikah kahwin masyarakat Melayu Tanjung Pinang. Masyarakat Melayu Tanjung Pinang menggunakan pantun dalam tradisi nikah kahwin sudah dimulakan dari pertengahan abad ke-19 hingga sekarang. Kajian ini menggunakan teori estetik sastera yang dikemukakan oleh Haji Muhammad Salleh untuk menganalisis. Reka bentuk penyelidikan dalam kajian ini adalah deskriptif kualitatif. Kajian ini menggunakan empat teknik pengumpulan data, iaitu tinjauan langsung, temu bual, dokumentasi, dan kajian kepustakaan. Kajian mendapati bahawa tradisi nikah kahwin masyarakat Melayu Tanjung Pinang melalui lapan tahap, iaitu merisik, meminang, bertunang, menghantar hantaran, akad nikah, cecah inai, berarak dan bersanding. Kesimpulan daripada kajian ini adalah pantun-pantun yang didapati sesuai dengan ciri dan bentuk pantun. Pantun-pantun itu berfungsi sebagai media komunikasi, media pengajaran, dan hiburan. Nilai estetik yang didapati dalam pantun, iaitu dunia luas yang dipadatkan, dunia berjodoh, sama ukur atau imbangan dan muzik bahasa. Implikasi kajian yang dapat diketengahkan mencakupi implikasi kepada pembaca, pemantun, lembaga yang berkuasa dalam adat nikah kahwin dan pelajar. Kajian ini boleh dijadikan panduan pada masyarakat Melayu Tanjung Pinang. Kajian ini diharapkan dapat memperluaskan lagi kajian di bidang bahasa, sastera, dan budaya Melayu.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.