UPSI Digital Repository (UDRep)

Penilaian kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan pelajar diploma kejuruteraan politeknik

AVAILABLE Thesis 2234 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Penilaian kemahiran kebolehdapatan kerja dalam kalangan pelajar diploma kejuruteraan politeknik
Type
Thesis
Main Author
Saifuddin Kumar Abdullah
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai Kemahiran Kebolehdapatan Kerja dalam kalangan pelajar Politeknik. Terdapat enam objektif, yang perlu dicapai dan 16 hipotesis yang perlu diuji. Model Penilaian CIPP bersama elemen APEC telah digunakan sebagai operasi proses 10 atribut Kebolehdapatan Kerja. Kajian ini menggunakan dua set soal-selidik Rubrik Dua Lapis. Sampel kajian terdiri daripapda 391 pelajar dan 91 majikan telah dipilih melalui sampel rawak sistematik. . Kajian ini menggunakan soal-selidik rubrik Dua Lapis dan nilai Cronch Alpha pelajar antara 0.664 hingga 0.776 dan majikan antara 0.752 hingga 0.760 Dapatan kajian menunjukkan bahawa sembilan daripada sepuluh atribut kemahiran Kebolehdapatan Kerja pelajar yang dikaji adalah berada pada tahap tinggi (melebihi skor min 3.87), hanya satu atribut yang berada pada paras sederhana (skor min = 3.49) iaitu atribut kemahairan keusahawanan. Analisis infrensi menunjukkan penilaian kendiri pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dari perspektif motivasi dan keusahawanan. Sehubungan itu, pelajar yang berumur antara 21 hingga 24 lebih menguasai kemahiran keusahawanan dan manakala pelajar yang berumur 18 hingga 20 lebih menguasai Kemahiran Konektiviti. Dari perspektif penilaian majikan, dapatan menunjukkan faktor pertama yang menyumbang secara signifikan kepada keperluan majikan mengikut jurusan pengajian ialah Komunikasi dan Motivasi, bagi Jabatan Kejuruteraan Awam, Motivasi dan Konektiviti bagi Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Konektiviti, Eksplorasi dan Motivasi,bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Kepimpinan, Eksplorasi, Motivasi dan Etika bagi Jabatan Kejuruteraan Petrokimia. Faktor kedua yang menyumbang kepada keperluan majikan mengikut jantina ialah Kepimpinan, Motivasi, dan Etika (lelaki), Motivasi dan Etika (perempuan). Faktor ketiga yang menyumbang kepada keperluan majikan mengikut bangsa ialah Melayu: Eksplorasi, Motivasi dan Etika, bangsa Cina: Komunikasi, dan Motivasi dan Bangsa India: Motivasi sahaja. Dalam kajian ini Indeks Kebolehdapatan Kerja pelajar bidang Kejuruteraan Politeknik adalah 0.77. Untuk penambahbaikan Indeks berkenaan, sebanyak 15 saranan boleh diaplikasikan bagi memenuhi matlamat Pelan Strategik Perancangan Pengajian Tinggi untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam bidang pekerjaan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.