UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadi hab pengajian tinggi terkemuka mendorong pihak pengurusan universiti menambah baik sistem pengukuran pre stasi yang digunakan bagi keperluan memenuhi tuntutan pemegang taruh yang pelbagai. Sistem pengukuran prestasi daripada organisasi perniagaan diadaptasi sebagai alat pengurusan universiti dengan mengambil kira kecemerlangan universiti bergantung kepada prestasi kerja pensyarah. Kekurangan kajian yang mengukur kesan sistem pengukuran pre stasi terhadap prestasi kerja di peringkat individu menjadi fokus utama kajian ini. Lima hipotesis diuji dalam kajian ini dibina berdasarkan Model Prestasi Kerja yang menekankan interaksi antara peluang, kapasiti dan kesanggupan sebagai faktor yang mempengaruhi prestasi kerja individu. Sistem pengukuran prestasi mewakili dimensi peluang, kompetensi mewakili kapasiti dan kepuasan kerja pula mewakili kesanggupan diuji sebagai faktor yang mempengaruhi prestasi kerja pensyarah. Kajian menggunakan kaedah tinjauan di mana persepsi responden diperoleh melalui soal selidik. Responden terdiri daripada pensyarah di lima buah universiti penyelidikan awam. Pemilihan sampel dilakukan berdasarkan pensampelan rawak berstrata. Proses analisis data berdasarkan Pemodelan Persamaan Berstruktur menggunakan perisian AMOS. Kajian mendapati sistem pengukuran prestasi, kompetensi dan kepuasan kerja mempunyai hubungan langsung yang signifikan dengan prestasi kerja. Selain itu, ujian mendapati kompetensi dan kepuasan kerja merupakan pemboleh ubah pengantara penuh antara sistem pengukuran prestasi dan prestasi kerja. Model sistem pengukuran prestasi yang mengandungi elemen strategik, komprehensif dan dinamik didapati diamalkan dalam pengurusan universiti berkaitan. Sumbangan kajian secara teoretikal adalah pembuktian sistem pengukuran prestasi sebagai faktor peluang untuk cemerlang dalam prestasi, kewujudan kompetensi dan kepuasan kerja sebagai pengantara penuh hubungan sistem pengukuran prestasi dan prestasi kerja. Selain itu, kajian ini mengetengahkan konsep sistem pengukuran prestasi kontemporari dan validasi terhadap model yang menggabungkan dimensi strategik, kontemporari dan dinamik. Secara praktikal, model prestasi kerja pensyarah yang dibina boleh digunakan oleh pengurusan universiti terutama penelitian terhadap amalan sistem pengukuran prestasi. Limitasi kajian adalah termasuk sampel kajian yang terhad serta tumpuan kepada keperluan dan kegunaan item di universiti sahaja. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |