UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan di antara kesediaan, personaliti dan pengalaman guru dengan amalan penilaian tugasan projek Prinsip Perakaunan

AVAILABLE Thesis 2160 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Hubungan di antara kesediaan, personaliti dan pengalaman guru dengan amalan penilaian tugasan projek Prinsip Perakaunan
Type
Thesis
Main Author
Azri Mohamed Yusof
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian tinjauan kuantitatif ini bertujuan menentukan hubungan di antara kesediaan guru, personaliti guru dan pengalaman mengajar guru dengan amalan penilaian guru terhadap tugasan projek Prinsip Perakaunan. Data kajian diperoleh melalui soal selidik dan inventori personaliti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Teknik persampelan rawak berlapis secara kuota telah digunakan dan sebanyak 155 sampel terdiri daripada guru-guru Prinsip Perakaunan tingkatan empat di negeri Selangor telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati guru-guru Prinsip Perakaunan sentiasa menilai tugasan projek Prinsip Perakaunan berpandukan kriteria penilaian yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) manakala tahap kesediaan guru dalam melaksanakan penilaian adalah tinggi. Kebanyakan guru didapati memiliki kombinasi personaliti EkstrovertPeka- Fikiran-Pemutusan, Tahap kesediaan guru, dimensi personaliti guru Pemutusan Pengamatan dan tempoh pengalaman mengajar guru didapati telah mempengaruhi amalan guru dalam menilai tugasan projek Prinsip Perakaunan. Justeru, kajian ini telah memberi implikasi kepada guru-guru di mana mereka harus diberi kursus persediaan dan latihan tentang teknik penskoran berpandukan kriteria penilaian. Pemantauan terhadap penilaian yang diberikan oleh guru terhadap tugasan projek pelajar perlu dilaksanakan dengan lebih sistematik dan menyeluruh. Guru-guru perlu sentiasa mengadakan perbincangan sesama mereka tentang penskoran berpandukan kriteria penilaian di samping menjadikannya sebagai aspek utama dalam pengajaran guru di dalam bilik darjah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.