UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Rozaliza Abdul Manap
Title :Pemahaman guru Pendidikan Islam mengenai perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kerian Perak (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pemahaman guru-guru Pendidikan Islam tentang buli, jenis-jenis buli, lokasi kekerapan buli, faktor-faktor penyebab buli, tindakan menangani buli dan pendekatan mencegah buli. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan melibatkan 167 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di 21 buah sekolah menengah seluruh Daerah Kerian. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan data kajian. Kajian mendapati 87.2% daripada responden memahami tentang buli; 83.4% responden memahami jenis-jenis buli iaitu buli langsung, buli lisan, buli fizikal, buli lisan bukan fizikal dan gangguan seksual; 84% responden setuju buli berlaku di sekolah; 77.7% responden bersetuju buli berlaku disebabkan oleh faktor keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Responden juga memberikan pandangan tindakan-tindakan untuk menangani buli adalah dengan melaksanakan pendekatan secara Islam, kerjasama daripada setiap guru dan mengadakan kempen anti buli, Majoriti responden memahami semua aspek yang berkaitan dengan perlakuan buli dalam kalangan pelaiar dan turut berusaha dan bekerjasama untuk mencari penyelesaian agar perlakuan buli dapat ditangani dan dicegah agar tidak semakin serius. Dengan itu, dicadangkan pendekatan secara Islam sebagai cara yang boleh digunakan untuk membendung perlakuan buli dalam kalangan pelajar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)