Konflik jiwa watak-watak wanita dalam novel pilihan Fatimah Busu
Type
Thesis
Main Author
Nor Hasimah Ismail
Subject
PN Literature (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2014
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini mengenal pasti dan menganalisis konflikjiwa dalam novel pilihan Fatimah Busu. Kajian ini juga menjelaskan konflik hati watak wanita dalam novel yang dikaji dan menghuraikan konflik nafsu watak wanita dalam teks kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan pendekatan Psikologi Islam Imam al-Ghazali serta temu bual dengan pengarang novel. Dapatan kajian berkaitan isu dengan konflik jiwa mengandungi 17 sub tajuk, konflik hati mengandungi 13 sub tajuk dan konflik nafsu yang mempunyai 6 sub tajuk. Dapatan kajian menunjukkan karya yang dihasilkan oleh Fatimah Busu sangat unik dengan penggunaan kerangka teori Imam al-Ghazali yang mampu mengupas dan menganalisis kajian dengan terperinci. Novel yang paling banyak mengandungi konflik ialah The Missing Piece 11. Implikasi kajian terbahagi kepada tiga iaitu kepada wanita, masyarakat dan negara. Seseorang wanita akan tabah menghadapi dugaan, sentiasa menjaga maruah diri, cekal mengharungi konflik rumah tangga dan sentiasa berfikiran positif. Implikasi kepada masyarakat pula ialah Islam sebagai tunjang dalam kehidupan teras pendidikan. Sastera mampu menggarap nilai-nilai murni dan mampu membina jati diri dalam kalangan masyarakat. Seterusnya implikasi kepada negara ialah sastera gender yang baik akan dijadikan contoh teladan dan mampu membina insaniah dalam kehidupan. Sehubungan itu, kajian ini berguna kepada wanita, masyarakat dan negara. Kajian ini berjaya mencapai sasaran objektif dan boleh dijadikan contoh teladan yang berguna kepada pembaca. Hasil dapatan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.