UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat

AVAILABLE Thesis 1669 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat
Type
Thesis
Main Author
Zainudin Abdul Razak
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis tahap penguasaan kemahiran proses sains, tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar kirnia tingkatan empat di daerah Bachok, Kelantan. Kajian tinjauan ini melibatkan 296 orang pelajar daripada 10 buah sekolah menengah. Dua set soal selidik dan satu set ujian digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal adalah tinggi, manakala penguasaan kemahiran proses sains adalah di tahap sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kefahaman kemahiran manipulatif antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran proses sains berdasarkan jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat korelasi positif yang sederhana antara tahap kefahaman kemahiran manipulatif dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar. Selain itu, terdapat korelasi positif yang sederhana antara kecekapan penggunaan makmal dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains. Akhirnya hasil kajian menunjukkan terdapat sumbangan yang signifikan bagi aspek tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal terhadap penguasaan kemahiran proses sains. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran proses sains pelajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal. Implikasinya, penggunaan makmal yang efisien dalam aktiviti amali dapat membantu pelajar menguasai kemahiran manipulatif dan seterusnya meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.