UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk meninjau perkembangan seorang kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan lewat global daripada aspek sejarah perkembangan sebelum dan selepas kelahiran. Faktor yang diberi fokus meliputi perkembangan kognitif, sosio-emosi, fizikal serta bahasa dan komunikasi. Kajian juga cuba mengenal pasti faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak serta usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu bapa dan guru untuk mempertingkatkan keupayaan kanak-kanak tersebut. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Proses pengumpulan data mengambil masa selama lima bulan bermula daripada Jun sehingga November 2012. Subjek kajian merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi. Dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak ini mempunyai tahap perkembangan kognitif, sosial dan emosi, fizikal dan bahasa dan komunikasi yang terbatas berbanding rakan-rakan lain yang sekelas dengannya. Namun begitu kanak-kanak tersebut amat berminat terhadap aktiviti yang berbentuk hands-on, Kaiian juga mendapati guru-guru tidak berupaya menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-kanak. Ini berkemungkinan disebabkan guru kurang berpengalaman dengan kanak-kanak kategori perkembangan lewat global. Kanak-kanak dilihat sering tidur dalam kelas kerana kekurangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik minatnya. Sikap ibu bapa dan pembantu rumah yang terlalu memanjakan kanak-kanak tersebut tidak menggalakkannya untuk berdikari dan sering memberontak seperti memukul pembantu rumah serta membaling barang-barang yang berada di hadapannya. Adalah dicadangkan agar ibu bapa, pakar perubatan dan pakar pendidikan khas terltbat dalam menyediakan RPI kanak-kanak ini bagi menghasilkan aktiviti pembelajaran yang realistik dan benar-benar memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Keperluan ini timbul kerana kanak-kanak perkembangan Iewat global jarang berada di dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Kementerian Pelajaran Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |