UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesediaan guru dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah

AVAILABLE Thesis 1614 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesediaan guru dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah
Type
Thesis
Main Author
Ruzaini Rani
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian bertujuan mengkaji kesediaan guru dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 171 guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik di dalam program LINUS. Instrumen kajian adalah borang soal selidik yang meliputi aspek demografi guru, pengetahuan guru, kemahiran guru, sikap guru, penggunaan modul LINUS dan masalah-masalah yang dihadapi guru dalam melaksanakan program LINUS. Analisis data dibuat secara deskriptif menggunakan min, analisis korelasi Pearson dan ANOVA Satu Hala. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan, tahap sikap dan penggunaan modul LINUS berada pada tahap yang tinggi. Manakala tahap kemahiran guru berada pada tahap sederhana. Cabaran utarna yang dihadapi guru dalam program LINUS adalah jumlah murid yang ramai menyebabkan proses pembelajaran sukar dilaksanakan. ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pengetahuan dan sikap guru berdasarkan pengalaman mengajar; tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kemahiran guru berdasarkan pengalaman mengajar. Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara tahap sikap dengan pengetahuan guru; terdapat hubungan signifikan antara tahap sikap dengan kemahiran guru; terdapat hubungan yang lemah antara tahap pengetahuan dan kemahiran guru; dan terdapat hubungan yang sangat lemah antara tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dengan pengalaman mengajar. Kesimpulan menunjukkan kesediaan guru berada pada tahap yang tinggi dalam pelaksanaan program LINUS. Implikasi kajian ialah para guru perlu merniliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap positif yang tinggi bagi memastikan program LINUS mencapai objektif untuk meningkat kadar literasi dan numerasi di sekolah rendah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.