UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :P Philology. Linguistics
Main Author :Ibrahim Ahmad
Title :Pengendalian kata ganda dalam kamus dewan dan kamus besar bahasa Indonesia suatu kajian perbandingan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian yang menggunakan pendekatan deskriptif perbandingan ini bertujuan untuk mencari titik persamaan dan perbezaan pengendalian kata ganda antara KD dengan KBBL Kajian secara interteks ini memilih KD dan KBBI atas dasar peranannya sebagai sebuah kamus ekabahasa berwibawa yang menjadi pegangan dan rujukan utama dari aspek kebahasaan dan kosa kata. Kajian ini memberi fokus kepada dua aspek penting iaitu status masukan dan pemerian makna. Status masukan meliputi taraf kata ganda dalam karnus sarna ada bersifat lema, prakategori, sublema, rangkai kata, variasi,polisemi, dan rujuk silang. Ini termasuklah pola setara dan tidak setara yang wujud dalam kata dan terbitan kata yang mengalami penggandaan serta pengertian longgar tentang status kata ganda yang dikacaukan sebagai gabungan kata atau kata majmuk dalam kamus. Pemerian makna pula mencakup butir-butir semantik yang melatari kata ganda tersebut sama ada membawa makna leksikal atau makna nahuan. Aspek pemerian makna ini menampilkan beberapa keunikan, terutamanya untuk kata ganda yang berasosiasi dan berkorelasi maknanya yang jelas berbeza daripada dapatan data korpus. Dengan memanfaatkan beberapa teori linguistik dan sumber korpus, kajian ini berjaya menampilkan beberapa dapatan yang mencetuskan ketidakseragaman dan kerancuan dalam kedua-dua buah kamus tersebut. Beberapa cadangan telah diajukan dan semua ini mengacu kepada usaha memberi input penting kepada dunia leksikografi BM/BI dan sekali gus memantapkan kegiatan kodifikasi bahasa, terutamanya dalam rangka kerja menobatkan kamus ekabahasa BM/BI di pentas dunia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.