UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk menilai pengurusan sistem bekalan air di Kelantan dengan membandingkan situasi realiti pengurusan sistem bekalan air dalam aspek kualiti, kuantiti dan mutu perkhidmatan bekalan air dengan persepsi yang dilontarkan oleh pihak media, rakyat Kelantan dan pengguna Air Kelantan Sendiri Berhad. Kajian ini menggunakan kajian gabungan yang melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah analisis kuantitatif yang telah digunakan adalah peratusan, pola perubahan, min, sisihan piawai, persentil, analisis Z statistik dan analisis X2, manakala kaedah analisis kualitatif yang telah digunakan adalah analisis kandungan dan analisis perbandingan. Hasil analisis menunjukkan kualiti bekalan air di Kelantan adalah setaraf dengan negeri-negeri lain bagi semua parameter kecuali kekeruhan; kuantiti bekalan air adalah mencukupi dan mutu perkhidmatan bekalan air adalah baik. Elemen persepsi pihak media, rakyat Kelantan dan pengguna mengandungi empat kategori iaitu bekalan air adalah kotor, bekalan tiada atau tidak mencukupi, liputan bekalan air amat terhad dan mutu perkhidmatan bekalan air adalah rendah. Hasil analisis menunjukkan persepsi bahawa bekalan air kotor adalah tidak benar bagi parameter bakteria Escherichia Coli, arsenik, merkuri, besi, mangan, jumlah pepejal terlarut, nilai pH dan ammonia nitrogen kecuali parameter kekeruhan. Di samping itu, persepsi bahawa bekalan air tiada atau tidak mencukupi, liputan bekalan air amat terhad dan mutu perkhidmatan bekalan air tidak bagus juga didapati tidak benar. Kajian ini menunjukkan bahawa persepsi yang dilontarkan oleh pelbagai pihak adalah tidak benar kerana realiti menunjukkan pengurusan bekalan air di Kelantan adalah baik dan setaraf dengan negeri-negeri lain di Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |