UPSI Digital Repository (UDRep)

Kajian perbandingan antara realiti dengan persepsi tentang pengurusan bekalan air di Kelantan

AVAILABLE Thesis 2190 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kajian perbandingan antara realiti dengan persepsi tentang pengurusan bekalan air di Kelantan
Type
Thesis
Main Author
Koh, Liew See
Subject
GB Physical geography
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai pengurusan sistem bekalan air di Kelantan dengan membandingkan situasi realiti pengurusan sistem bekalan air dalam aspek kualiti, kuantiti dan mutu perkhidmatan bekalan air dengan persepsi yang dilontarkan oleh pihak media, rakyat Kelantan dan pengguna Air Kelantan Sendiri Berhad. Kajian ini menggunakan kajian gabungan yang melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah analisis kuantitatif yang telah digunakan adalah peratusan, pola perubahan, min, sisihan piawai, persentil, analisis Z statistik dan analisis X2, manakala kaedah analisis kualitatif yang telah digunakan adalah analisis kandungan dan analisis perbandingan. Hasil analisis menunjukkan kualiti bekalan air di Kelantan adalah setaraf dengan negeri-negeri lain bagi semua parameter kecuali kekeruhan; kuantiti bekalan air adalah mencukupi dan mutu perkhidmatan bekalan air adalah baik. Elemen persepsi pihak media, rakyat Kelantan dan pengguna mengandungi empat kategori iaitu bekalan air adalah kotor, bekalan tiada atau tidak mencukupi, liputan bekalan air amat terhad dan mutu perkhidmatan bekalan air adalah rendah. Hasil analisis menunjukkan persepsi bahawa bekalan air kotor adalah tidak benar bagi parameter bakteria Escherichia Coli, arsenik, merkuri, besi, mangan, jumlah pepejal terlarut, nilai pH dan ammonia nitrogen kecuali parameter kekeruhan. Di samping itu, persepsi bahawa bekalan air tiada atau tidak mencukupi, liputan bekalan air amat terhad dan mutu perkhidmatan bekalan air tidak bagus juga didapati tidak benar. Kajian ini menunjukkan bahawa persepsi yang dilontarkan oleh pelbagai pihak adalah tidak benar kerana realiti menunjukkan pengurusan bekalan air di Kelantan adalah baik dan setaraf dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.