Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) pengajaran tajwid al-Quran dalam kalangan guru kelas khas kemahlran membaca dan menghafaz al-Quran (KKQ) di Lembah Klang
Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) pengajaran tajwid al-Quran dalam kalangan guru kelas khas kemahlran membaca dan menghafaz al-Quran (KKQ) di Lembah Klang
Type
Thesis
Main Author
Jahidih Saili
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogikal kandungan bagi pengajaran tajwid al-Quran dalam kalangan guru KKQ di Lembah Klang. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan data kajian diperoleh dengan menggunakan sebuah instrumen soal selidik. Seramai 43 orang guru KKQ terlibat dalam 'cajian ini. Kesahan data ditentukan dengan menubuhkan panel rujukan pakar. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi tintuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus, min, sisihan piawai, ujian-t dan ANOVA. Melalui kajian rintis yang dijalankan, kebolehpercayaan alat kajian berdasarkan alfa Cronbach didapati berada pada tahap tinggi iaitu >0.80. Secara keseluruhannya, guru KKQ mempunyai tahap pengetahuan pedagogikal kandungan yang tinggi dalam kelima-lima elemen pengetahuan pedagogikal kandungan pengajaran tajwid al-Quran iaitu elemen pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan terhadap pelajar, pengetahuan kurikulum dan kemahiran al-Quran guru. Analisis ujian-t merentas jantina, latar belakang universiti, sijil bersanad dan lokasi sekolah menunjukkan perbezaan signifikan hanya wujud dalam aspek jantina iaitu tahap pengetahuan pedagogikal kandungan guru lelaki lebih tinggi daripada tahap pengetahuan pedagogikal kandungan guru perempuan. Manakala analisis ANOVA dalam aspek pengalaman mengajar pula mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan bagi tahap pengetahuan pedagogikal kandungan guru dalam aspek ini. Oleh itu, tahap pengetahuan pedagogikal kandungan pengajaran tajwid al-Quran dalam kalangan guru KKQ perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. Perbezaan guru KKQ berdasarkan aspek jantina pula perlu dijadikan sebagai pertimbangan penting oleh pihak berwajib dalam mengendalikan sebarang isu dan perancangan berkaitan pelajaran tajwid al-Quran.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.