UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan pembelajaran secara mobil terhadap minat dan motivasi pelajar jarak jauh bagi kursus Pengantar Ekonomi

AVAILABLE Thesis 1516 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan pembelajaran secara mobil terhadap minat dan motivasi pelajar jarak jauh bagi kursus Pengantar Ekonomi
Type
Thesis
Main Author
Norhafiza Jamaluddin
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini mengkaji kesan pembelajaran secara mobil (PsM) terhadap minat dan motivasi pelajar pendidikan jarak jauh bagi kursus Pengantar Ekonomi di salah sebuah universiti awam di Malaysia. Reka bentuk eksperimen kuasi dipilih berdasarkan teknik praujian dan pascaujian. Seramai 102 responden telah dipilih dan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen (52 orang) dan kumpulan kawalan (50 orang). Pelajar dalam kumpulan eksperimen didedahkan dengan kaedah Pembelajaran secara Mobil (PsM) manakala pelajar dalam kumpulan kawalan didedahkan dengan Pembelajaran menerusi Portal (PmP). Dua set soalan iaitu pra dan pascaujian telah diedarkan kepada kedua-dua kumpulan. Kesan PsM dan PmP ke atas minat pelajar dianalisis menggunakan MANCOVA, ANCOVA dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah PsM adalah berkesan dalam meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran berbanding kaedah PmP dalam kursus tersebut. Sebaliknya, PsM dan PmP tidak mempunyai hubungan signifikan dengan motivasi pelajar. Namun begitu, terdapat korelasi yang kuat antara minat dan motivasi mereka yang didedahkan dengan PsM untuk belajar. Keseluruhannya, kaedah PsM adalah sangat berkesan digunakan dalam kalangan pelajar PJJ kursus Pengantar Ekonomi kerana mampu meningkatkan minat mereka untuk belajar berbanding kaedah pembelajaran konvensional. Walau bagaimanapun, satu kajian yang komprehensif wajar dijalankan untuk memastikan keputusan yang diperoleh ini adalah mantap dan konsisten.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.