UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap perapatan yang wujud antara guru dengan kanak-kanak di prasekolah dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti bukan pembelajaran. Menggunakan pendekatan kualitatif, data kajian diperolehi daripada analisis rekod naratif, Borang Skema Pemerhatian Perapatan Guru-kanak-kanak (BSPP), dan Rubrik Tahap Perapatan dan Tahap Rasa Selamat (RTP-TRS) yang digubal oleh pengkaji. Kajian ini telah dijalankan di sebuah tadika di Daerah Bidor, melibatkan 41 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dan tiga orang guru. Kesemuanya, sembilan pemerhatian telah dilakukan dan dirakamkan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keakraban guru dengan majority kanak-kanak adalah pada tahap 0 dan 1, yang bermaksud tiada perapatan atau perapatan adalah tidak akrab. Hanya segelintir kanak-kanak yang mempunyai perapatan tahap 2 dan 3, iaitu hubungan ikatan perapatan yang lebih akrab. Menggunakan rubrik RTP-TRS, didapati tahap rasa selamat yang dialami oleh kanak-kanak di prasekolah adalah pada tahap rendah dan tahap tidak bebas. Ini boleh diinterpretasikan sebagai perasaan tidak berautonomi atau tiada keyakinan diri untuk terlibat dalam pembelajaran di prasekolah. Dapatan ini memberi implikasi yang besar bukan sahaja kepada guru dan pihak-pihak pemegang taruh di prasekolah ini, tetapi juga kepada pendidikan prasekolah lain di Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |