UPSI Digital Repository (UDRep)

Kajian kes tahap perapatan dan rasa selamat dalam kalangan kanak-kanak di sebuah prasekolah

AVAILABLE Thesis 2340 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Kajian kes tahap perapatan dan rasa selamat dalam kalangan kanak-kanak di sebuah prasekolah
Type
Thesis
Main Author
Syarifah Ratna Sari Syed Mohd Zain
Subject
HQ The family. Marriage. Woman
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap perapatan yang wujud antara guru dengan kanak-kanak di prasekolah dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti bukan pembelajaran. Menggunakan pendekatan kualitatif, data kajian diperolehi daripada analisis rekod naratif, Borang Skema Pemerhatian Perapatan Guru-kanak-kanak (BSPP), dan Rubrik Tahap Perapatan dan Tahap Rasa Selamat (RTP-TRS) yang digubal oleh pengkaji. Kajian ini telah dijalankan di sebuah tadika di Daerah Bidor, melibatkan 41 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dan tiga orang guru. Kesemuanya, sembilan pemerhatian telah dilakukan dan dirakamkan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keakraban guru dengan majority kanak-kanak adalah pada tahap 0 dan 1, yang bermaksud tiada perapatan atau perapatan adalah tidak akrab. Hanya segelintir kanak-kanak yang mempunyai perapatan tahap 2 dan 3, iaitu hubungan ikatan perapatan yang lebih akrab. Menggunakan rubrik RTP-TRS, didapati tahap rasa selamat yang dialami oleh kanak-kanak di prasekolah adalah pada tahap rendah dan tahap tidak bebas. Ini boleh diinterpretasikan sebagai perasaan tidak berautonomi atau tiada keyakinan diri untuk terlibat dalam pembelajaran di prasekolah. Dapatan ini memberi implikasi yang besar bukan sahaja kepada guru dan pihak-pihak pemegang taruh di prasekolah ini, tetapi juga kepada pendidikan prasekolah lain di Malaysia.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.