Penerokaan potensi penceritaan digital terhadap motivasi pelajar sekolah rendah luar bandar dalam pembelajaran bahasa Inggeris
Type
Thesis
Main Author
Amjad Anas Abd Malek
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini meneroka potensi penggunaan penceritaan digital atau digital storytelling (DST) di dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dari perspektif murid luar bandar sekolah rendah di SK Sungai Galah, Perak. Sebuah video telah dihasilkan oleh penyelidik yang diadaptasikan dari buku cerita yang bertajuk "Tidy Your Room, Tanya!". Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui pemerhatian di dalam bilik darjah dan makmal computer terhadap 19 orang murid, analisis bahan untuk memilih peserta kumpulan fokus dan menemubual 10 orang pelajar dalam kumpulan fokus bagi mengumpul data. Pendekatan naratif dan intepretatif telah digunakan bagi menganalisa data tersebut. Kajian ini telah berjaya mengenal pasti tiga tema utama iaitu; motivasi, pembelajaran dan potensi. DST telah dilihat sebagai bahan yang berpotensi untuk membantu menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris di sekolah rendah
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.