UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan keseimbangan antara pasaran Amanah Pelaburan Hartanah Islam (IREIT) dan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia

AVAILABLE Thesis 1138 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Hubungan keseimbangan antara pasaran Amanah Pelaburan Hartanah Islam (IREIT) dan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Yusni Anis Yusuf
Subject
HB Economic Theory
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan keseimbangan antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah pulangan Amanah Pelaburan Hartanah Islam dan pemboleh ubah makroekonomi. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti bentuk arah hubungan penyebab antara pulangan Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REITs) dan pemboleh ubah makroekonomi. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data bulanan dari Disember 2008 hingga Disember 2013 dan dianalisis menggunakan model Vektor Autoregresif (VAR). Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan Indeks Pengeluaran Industri, Kadar Pelaburan antara Bank secara Islam dan FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks. Berdasarkan kepada hasil ujian Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM) pula, didapati bahawa IREIT bukan penyebab Granger jangka pendek kepada semua pemboleh ubah makroekonomi, manakala pemboleh ubah Indeks Harga Pengguna dan Penawaran Agregat Kewangan merupakan penyebab Granger jangka pendek kepada pemboleh ubah IREIT. Oleh itu, didapati prestasi IREIT banyak dipengaruhi oleh pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia dan kajian ini membuktikan bahawa IREIT merupakan salah satu instrumen kewangan Islam yang berdaya saing dan perIu diterokai oleh pelabur untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.