UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HD Industries. Land use. Labor
Main Author :Rosmaizah Kamaruddin
Title :Hubungan faktor pendidikan dan persekitaran dengan aspirasi kerjaya perakaunan dalam kalangan pelajar di negeri Pahang (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini merupakan kajian tinjauan secara kuantitatif yang bertujuan untuk melihat hubungan faktor pendidikan dan persekitaran terhadap aspirasi kerjaya Perakaunan dalam kalangan pelajar di negeri Pahang. Penyelidik membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 364 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan daripada sembilan buah sekolah di negeri Pahang. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah peratus dan min manakala bagi statistik inferensi ujian yang digunakan ialah ujian ANOVA, korelasi Pearson dan Regresi pelbagai. Hasil analisis mendapati tahap aspirasi kerjaya perakaunan dalam kalangan pelajar berada pada tahap sederhana. Hasil analisis juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor sosio ekonomi keluarga dengan aspirasi kerjaya Perakaunan, terdapat hubungan positif yang signifikan di antara sikap, kualiti pengajaran, persekitaran rumah, rakan sebaya dan media massa dengan aspirasi kerjaya perakaunan. Bagi aspek pencapaian pula, terdapat perhubungan negatif yang signifikan dengan aspirasi kerjaya perakaunan. Aspirasi kerjaya perakaunan dipengaruhi oleh sikap, persekitaran rumah, rakan sebaya dan kualiti pengajaran sebanyak 55.2 peratus. Minat terhadap kerjaya Perakaunan dalam kalangan pelajar perlu ditingkatkan dengan mewujudkan suasana ceria semasa sessi pengajaran dan pembelaj aran serta memberi pendedahan berterusan dan mendalam terhadap bidang kerjaya ini. Antara langkah yang dicadangkan ialah melaksanakan ceramah kerjaya, lawatan ke firma Perakaunan, melaksanakan amali kerjaya dan memberi pendedahan kepada bidang pengajian yang boleh diambil pada peringkat pengajian tinggi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)