UPSI Digital Repository (UDRep)

Kepatuhan proses gadaian dalam sistem Ar-Rahnu di Malaysia

AVAILABLE Thesis 2568 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Kepatuhan proses gadaian dalam sistem Ar-Rahnu di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Nurul Huda Md Yusuff
Subject
HB Economic Theory
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti proses lengkap bagi gadaian sehingga lelongan bagi tiga pelopor utama sistem ar-rahnu di Malaysia iaitu Bank Rakyat, YaPEIM dan MAIDAM. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti kepatuhan terhadap manual gadaian dalam amalan operasi tiga institusi ar-Rahnu tersebut. Kaedah kualitatif menggunakan soalan temu bual separa struktur dan berstruktur dilaksanakan melibatkan pengusaha pajak gadai dan penggadai. Seramai tiga orang pegawai bertugas dan sepuluh orang penggadai terlibat dalam kajian ini. Terdapat sebelas aspek kepatuhan dianalisis iaitu penggunaan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, timbang dan uji barang gadaian, nilai barang dan upah simpan, kelayakan pinjaman, tempoh gadaian, semakan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, pengembalian barang, pelanjutan tempoh, surat akuan gadaian baharu, pengedaran notis, dan pemulangan lebihan hasil lelongan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepatuhan proses penggunaan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, kelayakan pinjaman dan uji barang gadaian, semakan kad pengenalan dan surat akuan gadaian serta pengembalian barang adalah paling tinggi, manakala nilai barang dan upah simpan, kelayakan pinjaman, dan tempoh gadaian pula adalah yang paling rendah. Implikasi kajian ini ialah keperluan bagi institusi ar-Rahnu di Malaysia untuk menyediakan sistem pemantauan yang teliti bagi memantau kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai bertugas supaya mematuhi manual gadaian institusi selain menambahbaik carta aliran kerja sedia ada.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.