UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :G Geography (General)
Main Author :Nur Faizah Sabri
Title :Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam analisis kesesuaian kawasan penanaman buah-buahan di Perlis (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesesuaian penanaman buah-buahan di negeri Perlis berdasarkan tanaman paling dominan seperti mangga, anggur, pisang dan tembikai. Terdapat enam pembolehubah utama yang terlibat dalam proses analisis ruangan; suhu maksimum, jumlah hujan tahunan, kelembapan bandingan, topografi, guna tanah dan siri tanih negeri Perlis. Kajian mengaplikasikan sistem maklumat geografi (GIS) berasaskan perisian ArcGis 9.3 bagi tujuan pembangunan pangkalan data, membuat analisis dan penilaian. Algorithma Inverse Distance Weight (IDW) digunakan untuk membuat analisis ruangan ke atas pembolehubah yang terlibat dengan menetapkan skala kesesuaian. Teknik analisis berhierarki (AHP) juga dibangunkan dalam GIS bagi menganalisis dan menilai kesesuaian penanaman buah-buahan di Perlis. Teknik ini menggunakan nilai pemberat dalam menentukan pembolehubah paling utama yang mempengaruhi kesesuaian penanaman buah-buahan di Perlis. Hasil kajian menunjukkan tanaman mangga, anggur, pisang dan tembikai adalah sesuai dan berpotensi diusahakan di kebanyakan kawasan di Perlis. Hasil analisis menggunakan teknik AHP menunjukkan tanaman mangga dan anggur masing-masing mempunyai nilai pemberat paling tinggi bagi pembolehubah topografi iaitu 0.39 dan 0.28. Pembolehubah siri tanih mempunyai nilai pemberat paling tinggi iaitu 0.29 bagi tanaman pisang diikuti pembolehubah suhu bagi tanaman tembikai iaitu 0.39. Pembolehubah kesesuaian kawasan penanaman dilihat mempengaruhi taburan dan saiz kawasan penanaman buah-buahan di Perlis. Hasil kajian ini memberi ruang kepada perancangan pertanian negeri Perlis untuk membuat penambahbaikan dan memperbaiki mutu pengeluaran buah-buahan dengan melihat kepada aspek kesesuaian kawasan secara menyeluruh.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)