UPSI Digital Repository (UDRep)

Penilaian agihan zakat terhadap Asnaf Al-Riqāb dan Ibn Al-Sabīl di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

AVAILABLE Thesis 1309 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penilaian agihan zakat terhadap Asnaf Al-Riqāb dan Ibn Al-Sabīl di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Type
Thesis
Main Author
Halim Ismail
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menghuraikan kedudukan asnaf al-Riq?b dan Ibn al-Sab?l sebagai asnaf zakat menurut perbahasan ulama, menganalisis pengurusan agihan zakat di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan menilai pelaksanaan agihan zakat terhadap asnaf al-Riq?b dan Ibn al-Sab?l di insitusi ini dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian perpustakaan, temu bual dan dokumentasi. Data dianalisis menggunakan metod deduktif, induktif dan perbandingan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa agihan zakat terhadap asnaf al- Riq?b perlu dilaksanakan pada masa kini bagi mengeluarkan umat Islam yang terbelenggu dengan pelbagai bentuk perhambaan di samping dapat menyelesaikan isu-isu semasa berkaitan asnaf Ibn al-Sab?l. Kajian juga menunjukkan bahawa MUIP telah diuruskan dengan cekap dan telus bagi memastikan institusi ini sentiasa mendapat kepercayaan masyarakat. MUIP juga telah melaksanakan agihan zakat terhadap asnaf al- Riq?b dan Ibn al-Sab?l menurut prinsip-prinsip syarak dan keperluan semasa. Kesimpulan kajian ialah para ulama telah memperakui asnaf al-Riq?b dan Ibn al-Sab?l sebagai penerima zakat pada masa kini dan terdapat institusi-institusi zakat yang telah melaksanakan agihan zakat terhadap asnaf ini. Kajian ini memberi implikasi terhadap perundangan dan kaedah pengurusan agihan zakat asnaf al-Riq?b dan Ibn al-Sab?l oleh institusi-institusi zakat pada masa kini bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan asnaf ini.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.