UPSI Digital Repository (UDRep)

Pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah

AVAILABLE Thesis 3656 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah
Type
Thesis
Main Author
Abd Hadi Borham
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Mohd Fadli Yusof merupakan seorang pendakwah bebas yang berasal daripada negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau telah menjalankan usaha dakwah kepada masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah sejak tahun 2011. Dalam tempoh dua tahun beliau telah berjaya mengislamkan 269 orang non-muslim yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti petani, pemburu, paderi, pastor gereja, pelajar dan lain-lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof, faktor-faktor tarikan kepada pendekatan dakwah dan masalah kepada pendekatan dakwah beliau dalam pengislaman masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan, Sabah. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara perpustakaan dan lapangan. Data kajian secara lapangan dikutip dengan menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta dan menemu bual informan yang telah dipilih secara bertujuan (purposive sampling) di Kampung Padang, mukim Sepulut, Pensiangan, Sabah. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof dalam mengislamkan masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan iaitu pendekatan al-hikmah, maw'izah al-hasanah dan mujiidalah. Pendekatan al-hikmah dilakukan dengan menyeru non-muslim kepada Islam dengan tidak memaksa, membina hubungan baik, memahami psikologi golongan mad'ii, berziarah dan memberi hadiah secara berulang ulang, dan menjemput makan kenduri. Pendekatan maw'izah al-hasanah pula dilakukan dengan menyampaikan dakwah secara pengajaran lisan dan menunjukkan contoh atau model cara kehidupan Islam yang menarik. Manakala pendekatan al-mujddalah dilakukan secara dialog dengan non-muslim semasa ziarah. Di samping itu, dapatan ini menunjukkan terdapat lapan faktor yang menarik perhatian non-muslim di pedalaman Pensiangan kepada pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof iaitu faktor tarikan qudwah, tarikan quwwah, tarikan kelainan, tarikan berulang-ulang, tarikan keprihatinan, tarikan targhib dan tarhib, tarikan kesamaan dalam agama samawi dan tarikan menghubungkan. Hasil kajian ini juga mendapati pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof telah bejaya membangunkan model contoh kehidupan sosial secara Islam pedalaman Pensiangan. Namun begitu kajian ini turut menunjukkan terdapat beberapa masalah kepada pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof di pedalaman Pensiangan. Antaranya ialah masalah kesihatan beliau, contoh kurang baik dari pendakwah-pendakwah di pedalaman sebelum ini, halangan kuat pihak missionari Kristian di Sabah dan lain-lain.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.