UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Sumiati Suparmin
Title :Pengujian kebolehgunaan kit pembelajaran visualisasi terhadap pemahaman konsep asas komunikasi tanpa wayar dalam kalangan pelajar novis (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menguji kebolehgunaan pembangunan kit pembelajaran visualisasi terhadap pemahaman konsep asas komunikasi tanpa wayar dalam kalangan pelajar novis. Terdapat pelajar yang menghadapi masalah dalam memahami konsep asas sesuatu pelajaran yang diajarkan secara maya dan bergantung secara teori sahaja. Sebuah kit pembelajaran visualisasi telah dibangunkan sebagai alat dan bahan bantu mengajar (ABBM) yang dinamakan sebagai VizWSN. Penggunaan alat dan bahan mengajar banyak memberikan sumbangan dalam meningkatkan pemahaman pelajar serta kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pengajar dan pendidik. Dua aspek penting yang diterapkan dalam kit tersebut ialah pengetahuan konseptual iaitu pengetahuan teori dan pengetahuan melalui pengalaman secara visualisasi iaitu praktikal. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah eksperimen sahaja manakala model pembangunan yang digunakan dalam kajian ini adalah Model ADDIE. Kajian terhadap kesan penggunaan kit ini telah melibatkan seramai 20 responden yang terpilih secara kluster terdiri daripada pelajar Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) semester 1 yang mengambil matapelajaran sistem komunikasi di sebuah politeknik. Pengkaji menggunakan kaedah kajian eksperimen ujian pra dan pos dengan mengadakan sesi makmal menggunakan lembaran kerja makmal yang telah dibangunkan untuk mengkaji kesan pcnggunaan kit tersebut, Selain daripada itu, pengkaji juga menggunakan soal selidik bagi mengumpul data terhadap kebolehgunaan kit pembelajaran yang telah dibangunkan. Data yang dikumpul melalui pencapaian pelajar dan soal selidik dianalisis menggunakan T- Test dengan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan min ujian pos berlaku selepas penggunaan kit pembelajaran yang dibangunkan terhadap responden yang terlibat. Implikasi daripada kajian ini mendapati bahawa kit pembelajaran yang dibangunkan dapat meningkatkan pemahaman pelajar terutamanya pelajar novis terhadap pembelajaran konsep asas komunikasi tanpa wayar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)