UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Hak orang asa1 te1ah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa khususnya hak penentuan kendiri melalui penerimaan Deklarasi Hak Orang Asal (DHOA) 2007 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Meskipun begitu, kedudukan Orang Asli iaitu orang asal di Semenanjung Malaysia adalah masih tertindas, terpinggir sebagai masyarakat marginal dan didominasi oleh masyarakat majoriti. Hal sedemikian berlaku kerana hak penentuan kendiri Orang Asli tidak diberi pengiktirafan selari dengan peruntukan undang-undang antarabangsa. Dengan menggunakan piawaian undang-undang antarabangsa, kajian ini menetapkan empat objektifuntuk dicapai. Pertamanya, kajian ini meninjau konsep hak penentuan kendiri orang asal di bawah undang-undang antarabangsa. Kedua, kajian menilai sejauh manakah undang-undang di Malaysia mengiktiraf hak penentuan kendiri Orang Asli dari segi teori dan amalan. Ketiga, kajian ini menganalisis perlindungan hak penentuan kendiri Orang Asli secara perbandingan dengan undang-undang antarabangsa dan amalan di luar negara iaitu New Zealand dan Filipina. Manakala keempat, kajian ini mencadangkan penambahbaikan kepada perlindungan hak penentuan kendiri Orang Asli. Berdasarkan pemahaman konsep hak penentuan kendiri yang lebih luas, hasil kajian ini telah mendedahkan bahawa hak Orang Asli masih temafi di sisi undang-undang khususnya Akta Orang Asli (AOA) 1954 dan tidak mendapat perlindungan sewajamya dari segi amali. Tambahan pula, penilaian hak penentuan kendiri Orang Asli dari aspek autonomi, Izin-Maklum Awal Bebas Telus (IMABT) dan pembangunan ekonomi adalah tidak sejajar dengan piawaian undangundang antarabangsa. Justeru itu, kajian ini mencadangkan suatu kerangka model pengiktirafan hak penentuan kendiri Orang Asli yang berpaksikan kepada DHOA dan undang-undang antarabangsa. Antara kandungan penting kerangka tersebut ialah pindaan terhadap AOA 1954; penubuhan Suruhanjaya Orang Asli; dan mewujudkan tribunal khusus sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian bagi tuntutan yang melibatkan Orang Asli. Kajian turut mencadangkan penggunaan saluran undang-undang antarabangsa yang terdapat di bawah sistem PBB bagi membantu pengiktirafan hak Orang Asli. Kajian ini merumuskan bahawa pengiktirafan hak penentuan kendiri Orang Asli dilihat sebagai unsur mustahak dan secara tidak langsung dapat membantu kerajaan Malaysia melunaskan tanggungjawabnya untuk patuh kepada undang-undang antarabangsa dalam memberi perlindungan kepada Orang Asli. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |