UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Muhamad Aizat Md Nasir
Title :Kesan penggunaan kartun melalui persekitaran pembelajaran maya terhadap prestasi, motivasi dan interaksi sosial dalam kalangan pelajar ekonomi asas (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan kartun melalui kaedah pengajaran Frog VLE berunsurkan kartun dan kesannya kepada prestasi, motivasi dan interaksi sosial pelajar Ekonomi Asas Tingkatan Empat. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kaedah pengajaran yang berbeza iaitu kaedah pembelajaran Frog VLE (Virtual Learning Environment, Persekitaran Pembelajaran Maya) berunsurkan kartun yang diterapkan kepada kumpulan rawatan dan kaedah konvensional yang diaplikasikan kepada kumpulan kawalan. Prestasi pelajar diukur melalui ujian pra dan ujian pasca manakala data bagi motivasi dan interaksi sosial pelajar dikumpulkan melalui borang soal selidik. Seramai 63 orang pelajar tingkatan empat terlibat sebagai sampel dan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 33 orang dalam kumpulan rawatan dan 30 orang dalam kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Frog VLE berunsurkan kartun memberi kesan positif kepada prestasi, motivasi dan interaksi sosial pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi pelajar antara kaedah Frog VLE berunsurkan kartun dengan kaedah konvensional. kaedah Frog VLE berunsurkan kartun memberikan kesan positif kepada prestasi pelajar dan boleh dijadikan sebagai alternatif kepada pembelajaran sedia ada.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)