Tahap kefahaman guru kolej vokasional terhadap elemen kurikulum standard kolej vokasional
Type
Thesis
Main Author
Abdul Halim Abdul Hamid
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman guru Kolej Vokasional terhadap elemen-elemen Kurikulum Standard Kolej Vokasional. Membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 307 orang guru yang mengajar aliran vokasional daripada 15 Kolej Vokasional rintis di Malaysia yang dipilih secara persampelan bertujuan. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah peratus dan min (tahap kefahaman guru terhadap elemen kurikulum dalam kurikulum KSKV) manakala bagi statistik inferensi, ujian yang digunakan ialah ujian t, untuk mencari perbezaan kefahaman KSKV berdasarkan tahap kelulusan pendidikan dan sijil kemahiran, ujian ANOVA pula digunakan untuk mencari perbezaaan kefahaman KSKV antara guru berdasarkan pengalaman mengajar dan tempoh kursus yang dihadiri. Hasil analisis kajian mendapati tahap kefahaman guru aliran vokasional terhadap elemen KSKV berada pada tahap rendah iaitu, terdapat perbezaan yang signifikan antara guru lepasan diploma dengan guru lepasan ijazah, antara guru yang mempunyai sijil kemahiran dengan guru yang tidak mempunyai sijil kemahiran, pengalaman mengajar dan tempoh kursus yang dihadiri oleh guru KV terhadap elemen KSKV. Kesimpulannya, hasil penyelidikan ini menunjukkan perbezaan demografi guru merupakan penentu dalam membezakan kefahaman guru terhadap elemen KSKV. Kajian yang lebih komprehensif juga perlu dilaksanakan di Kolej Vokasional untuk melihat kesan terhadap isu tahap kefahaman guru aliran vokasional terhadap elemen KSKV.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.