UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan program latihan multilateral terhadap tahap kecergasan dan parameter acara pecut atlet sekolah negeri Kedah

AVAILABLE Thesis 1238 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan program latihan multilateral terhadap tahap kecergasan dan parameter acara pecut atlet sekolah negeri Kedah
Type
Thesis
Main Author
Revinthran Marimuthu
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kesan tiga bentuk program latihan olahraga yang berbeza iaitu Program Latihan Multilateral (PLM), Program Latihan Spesifik (PLS) dan Latihan Olahraga Bermusim (LOB) terhadap komponen kecergasan fizikal dan parameter acara pecut terhadap atlet sekolah menengah di negeri Kedah. Kajian kuasieksperimental ini dijalankan selama 13 minggu dan kesan ketiga-tiga program latihan diuji dalam praujian dan pascaujian 1 dan seterusnya diuji kekekalan program latihan pada pascaujian 2. Subjek seramai 66 (13-14 tahun) dipilih secara rawak dan diagihkan secara seimbang n=22 kepada kumpulan PLM, kumpulan PLS dan kumpulan LOB (kawalan). Kesan ketiga-tiga program latihan dinilai berdasarkan prestasi komponen daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kelenturan, ketangkasan, kepantasan, koordinasi dan parameter pecut iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. ANOVA sehala dan post-hoc (Tukey) serta ANOVA ukuran berulang sehala digunakan untuk menges an perbezaan kesan dan kekekalan program latihan antara kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan kumpulan PLM meningkat secara signifikan bagi komponen kekuatan, kelenturan dan koordinasi selepas lapan minggu latihan. Kumpulan PLM juga menunjukkan peningkatan skor min dalam komponen aerobik, kepantasan, ketangkasan dan panjang langkah. Seterusnya kumpulan PLS juga menunjukkan peningkatan skor min hanya bagi kepantasan, ketangkasan dan panjang langkah. Manakala, bagi aspek prestasi kekekalan program latihan, ketiga-tiga program latihan PLM, PLS dan LOB tidak kekal antara pascaujian 1 hingga pascaujian 2 bagi semua komponen yang diuji apabila intervensi tidak dijalankan selama dua minggu. Namun kumpulan PLM menunjukkan peningkatan prestasi skor min dalam kekekalan berbanding dengan kumpulan PLS dan LOB. Berdasarkan kajian ini, disarankan PLM berkesan di gunakan untuk meningkatkan prestasi atlet sekolah secara jangka panjang dalam sukan olahraga. Kesimpulannya, kajian seumpama ini perlu diteruskan lagi bagi mengkaji kekuatan PLM ini di seluruh negara.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.