UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan ketidakhadiran ibu bapa terhadap kesejahteraan sosial dan emosi seorang kanak-kanak yang dibesarkan di rumah kanak-kanak. Kajian ini juga mengenalpasti tahap perapatan yang wujud di antara seorang kanak-kanak dan pengasuhnya serta kemampuan pengasuh untuk memainkan peranan menyokong pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak yang sihat. Data diperolehi melalui temu bual dan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak dan rakaman video. Kajian ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun yang tinggal di rumah kanak-kanak sejak berumur setahun. Dapatan menunjukkan bahawa kanak-kanak ini mengalami kekurangan dari segi membina hubungan positif dengan orang dewasa dan kanak-kanak lain. Perapatan di antara kanak-kanak dengan pengasuh dan sebaliknya, pengasuh dengan kanak-kanak, adalah rendah. Pengasuh juga didapati tidak mampu memainkan peranan untuk menyokong pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak dengan cara yang sihat. Kesimpulannya, ketidakhadiran ibu bapa memberi kesan yang kurang sihat ke atas kesejahteraan sosial dan emosi kanak-kanak. Kajian ini memberi implikasi terhadap pengasuh untuk memberi lebih perhatian kepada memenuhi keperluan emosi dan sosial kanak-kanak, Pengusaha hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pengasuh untuk menyediakan suasana kehidupan yang lebih mesra dan positif. Pihak berkuasa pula perlu memantau dengan lebih teliti keadaan penghuni rumah kanak-kanak supaya mereka dapat melalui kehidupan dengan lebih bermakna. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |