UPSI Digital Repository (UDRep)

Ketidakhadiran ibu bapa dan kesannya ke atas kesejahteraan sosial dan emosi seorang kanak-kanak lima tahun

AVAILABLE Thesis 1745 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Ketidakhadiran ibu bapa dan kesannya ke atas kesejahteraan sosial dan emosi seorang kanak-kanak lima tahun
Type
Thesis
Main Author
Rozinah Junaidi
Subject
HQ The family. Marriage. Woman
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan ketidakhadiran ibu bapa terhadap kesejahteraan sosial dan emosi seorang kanak-kanak yang dibesarkan di rumah kanak-kanak. Kajian ini juga mengenalpasti tahap perapatan yang wujud di antara seorang kanak-kanak dan pengasuhnya serta kemampuan pengasuh untuk memainkan peranan menyokong pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak yang sihat. Data diperolehi melalui temu bual dan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak dan rakaman video. Kajian ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun yang tinggal di rumah kanak-kanak sejak berumur setahun. Dapatan menunjukkan bahawa kanak-kanak ini mengalami kekurangan dari segi membina hubungan positif dengan orang dewasa dan kanak-kanak lain. Perapatan di antara kanak-kanak dengan pengasuh dan sebaliknya, pengasuh dengan kanak-kanak, adalah rendah. Pengasuh juga didapati tidak mampu memainkan peranan untuk menyokong pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak dengan cara yang sihat. Kesimpulannya, ketidakhadiran ibu bapa memberi kesan yang kurang sihat ke atas kesejahteraan sosial dan emosi kanak-kanak. Kajian ini memberi implikasi terhadap pengasuh untuk memberi lebih perhatian kepada memenuhi keperluan emosi dan sosial kanak-kanak, Pengusaha hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pengasuh untuk menyediakan suasana kehidupan yang lebih mesra dan positif. Pihak berkuasa pula perlu memantau dengan lebih teliti keadaan penghuni rumah kanak-kanak supaya mereka dapat melalui kehidupan dengan lebih bermakna.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.