UPSI Digital Repository (UDRep)

Elemen kemahiran abad ke-21 dan indikator kreativiti kanak-kanak dalam proses reka bentuk permainan penceritaan digital

AVAILABLE Thesis 2165 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Elemen kemahiran abad ke-21 dan indikator kreativiti kanak-kanak dalam proses reka bentuk permainan penceritaan digital
Type
Thesis
Main Author
Laili Farhana Md Ibharim
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis indikator kreativiti dan elemen kemahiran abad ke-21 dalam proses reka bentuk permainan penceritaan digital menggunakan peranti Teknologi Kapasitif Sentuhan dalam persekitaran bilik darjah terhadap kanak-kanak. Melalui indikator kreativiti, kajian memberi fokus kepada aspek keaslian, keluwesan, kelancaran dan kejelasan semasa proses reka bentuk permainan penceritaan digital. Tiga elemen kemahiran abad ke-21 yang difokuskan dalam kajian ini adalah kemahiran pembelajaran dan inovasi; kemahiran maklumat, media dan teknologi; serta kemahiran hidup dan kerjaya. Kaedah gabungan berpandukan model reka bentuk kajian bertumpu selari telah digunakan bagi memperolehi dapatan yang lebih mendalam dan menyeluruh. Data dikumpulkan melalui senarai semak pemerhatian, senarai semak temu bual dan penilaian portfolio. Kajian dijalankan di sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar yang melibatkan 20 orang murid Tahun 4. Data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah triangulasi dan tipologi melalui pengkategorian kualitatif dan analisis tematik. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan ujian Wilcoxon Rank-Sum. Dapatan kajian telah melalui proses pengesahan oleh pakar berdasarkan nilai pekali persetujuan Cohen Kappa. Dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak mampu memenuhi aspek indikator kreativiti dan elemen kemahiran abad ke-21 melalui hasil reka bentuk, cara pengendalian alatan dan kerja berkumpulan semasa proses reka bentuk permainan penceritaan digital. Satu tatacara dicadangkan sebagai panduan guru dalam melaksanakan aktiviti reka bentuk permainan penceritaan digital berorientasikan Teknologi Kapasitif Sentuhan dalam persekitaran bilik darjah. Implikasi kajian ini menunjukkan aktiviti reka bentuk permainan penceritaan digital menggunakan peranti Teknologi Kapasitif Sentuhan dilihat berpotensi dalam memupuk kreativiti dan menonjolkan kemahiran kanak-kanak selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.