UPSI Digital Repository (UDRep)

Citra dan status dalam novel-novel terpilih M. Ramaiah

AVAILABLE Thesis 2692 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Citra dan status dalam novel-novel terpilih M. Ramaiah
Type
Thesis
Main Author
Magaswari Eliyarni Subramaniam
Subject
PN Literature (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis citra wanita, kedudukan citra wanita dan menganalisis citra perjuangan watak wanita dalam tujuh buah novel terpilih M.Ramaiah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan. Jenis citra wanita dikenal pasti mengikut teori A. Wahab Ali dan Ungku Maimunah Mohd Tahir. Kedudukan dan perjuangan wanita dikenal pasti mengikut teori femenisme Naomi Wolf. Kajian berasaskan A. Wahab Ali, mendapati 20 peratus watak wanita moden, 32.73 peratus watak wanita transisi dan 47.27 peratus watak wanita tradisi. Disambing itu, kajian berasaskan Ungku Maimunah Mohd Tahir menunjukkan 47.27 peratus watak wanita positif, 18.18 peratus watak wanita negatif, 23.64 peratus wanita tragis dan 10.91 peratus watak wanita tidak jelas dalam novelnovel tersebut. Dapatan kedua menunjukkan bahawa 8 peratus wanita adalah mangsa feminisme, 58 peratus wanita adalah feminis yang berkuasa, 30 peratus wanita adalah mempunyai kedua-dua ciri tersebut dan 4 peratus tidak mempunyai kedua-dua ciri tersebut. Dapatan ketiga kajian ini menunjukkan bahawa M. Ramaiah menonjolkan watak wanita dalam novel-novelnya sebagai tidak berupaya untuk mengubah nasib malang mereka. Beliau berjaya mencerminkan citra, kedudukan dan perjuangan wanita India dalam novel-novelnya. Kesimpulannya, kajian ini mendedahkan pelbagai dilema dan isu yang berlaku dalam masyarakat India di Malaysia. Penonjolan watak wanita dalam novel yang akan dihasilkan perlulah menonjolkan imej yang lebih positif terhadap watak-watak wanita India di Malaysia.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.