UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :TD Environmental technology. Sanitary engineering
Main Author :Mohamad Ihsan Muhamad Ismail
Title :Impak kilang simen terhadap penghasilan PM10 di Rawang, Selangor Darul Ehsan (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pola taburan dan menentukan sejauh mana jarak dan parameter cuaca (suhu, halaju angin dan kelembapan) mempengaruhi serakan partikel terampai (PM10) di sekitar kilang simen Rawang; mengukur paras kosentrasi partikel ampaian secara mendatar; dan menilai pola partikel ampaian dan kaitannya dengan parameter cuaca tersebut. Data primer kajian diperoleh daripada kajian lapangan melalui pencerapan PM10, PM2.5, suhu, kelembapan, dan kelajuan angin di Rawang (kawasan kajian) dan Batang Kali (kawasan kawalan). Terdapat 11 lokasi pencerapan setiap satu di kawasan kajian dan kawasan kawalan. Analisis kajian menggunakan statistic deskriptif, ujian Kolerasi Spearman r, Regresi non-linear dan Regresi Pelbagai Stepwise. Hasil kajian mendapati jarak sangat mempengaruhi serakan partikel. Pola serakan partikel terampai di Rawang mempunyai hubungan yang berbeza-beza dengan parameter, iaitu hubungan sangat kuat antara jarak, dan dengan suhu, hubungan kuat dengan kelembapan, dan hubungan lemah dengan kelajuan angin. Sementara itu, Batang Kali menunjukkan hubungan yang berlainan dengan parameter iaitu hubungan kuat dengan jarak dan dengan suhu, hubungan sederhana dengan kelembapan, dan hubungan yang lemah dengan kelajuan angin. Ujian Regresi Pelbagai Stepwise menunjukkan faktor paling mempengaruhi kosentrasi PM10 dan PM2.5 di Rawang ialah jarak dan di Batang Kali ialah kelembapan. Kesimpulanya, faktor utama yang mempengaruhi serakan partikel terampai di kawasan kajian ialah jarak daripada kilang simen dan di kawasan kawalan ialah kelembapan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)