UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :H Social Sciences (General)
Main Author :Riki Taufiki
Title :Sosialisasi dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti Pendidlkan Sultan Idris
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini adalah mengenai sosialisasi dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian bertujuan untuk mengenal pasti isu sosial pelajar antarabangsa, isu penyesuaian akademik pelajar antarabangsa, tanggapan pelajar antarabangsa terhadap budaya tempatan, tanggapan pelajar tempatan terhadap pelajar antarabangsa dan kesediaan pelajar antarabangsa dalam penyesuaian sosiobudaya. Kajian telah dijalankan mengikut pendekatan kajian kes dengan menggunakan instrumen temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Triangulasi data dilakukan untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan. Dapatan kajian menunjukkan isu sosial yang dihadapi pelajar antarabangsa adalah isu-isu bahasa, makanan, diskriminasi, prejudis, stereotaip, perbezaan budaya, etnosentrisme dan isu birokrasi. Isu-isu akademik yang dihadapi pelajar antarabangsa adalah isu sistem pengajian tempatan, birokrasi, bahasa pengantar pengaj ian dan disiplin pensyarah. Berasaskan analisis teori label, didapati bahawa sungguhpun terdapat label negatif, tanggapan pelajar antarabangsa terhadap budaya tempatan adalah lebih positif. Tanggapan pelajar tempatan terhadap pelajar antarabangsa juga positif. Usaha-usaha penyesuaian sosiobudaya pelajar antarabangsa berlaku antaranya menerusi usaha sendiri, kemahiran sosial, sokongan sosial, sokongan agama, melibatkan diri dalam aktiviti, dan meningkatkan kemahiran bahasa. Dapatan kajian diharapkan dapat membantu para penggubal dasar di universiti dan di negara asal untuk membina polisi yang menyokong proses sosialisasi pelajar antarabangsa.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.