Keberkesanan pembelajaran dalam talian dan kesannya terhadap kepuasan belajar pencapaian pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh
Type
Thesis
Main Author
Zain Hazmi Zain Baharin
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
eng
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2008
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pembelajaran dalam talian ke atas pencapaian pelajar serta tahap kepuasan belajar mereka. Di samping itu, penyelidik juga menilai tahap kualiti pembelajaran dalam talian “MyClass Online” yang digunakan sama ada ianya setanding dengan piawaian antarabangsa DOVILES. Reka bentuk kajian adalah Percubaan Ujian-Pra dan Pasca dengan Kumpulan Kawalan ke atas 81 subjek yang dipilih secara rawak daripada 123 orang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPGM Kampus Ipoh. Seramai 41 orang daripada subjek tersebut telah dipilih secara rawak untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran kursus Kemahiran Generik: Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara dalam talian. Pencapaian pelajar diukur melalui skor ujian pra dan ujian pasca, manakala tahap kepuasan belajar diukur melalui respons subjek terhadap soal selidik tahap kepuasan belajar. Tahap kualiti pembelajaran dalam talian pula diukur melalui respons pelajar terhadap lapan dimensi persekitaran yang dikemukakan oleh soal selidik DOVILES. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian pelajar yang belajar dalam talian adalah signifikan (p
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.