UPSI Digital Repository (UDRep)

Kebudayaan Jawa : Perubahan sosiobudaya keluarga tenaga kerja Indonesia asal Jawa Tengah di Malaysia

AVAILABLE Thesis 1364 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Kebudayaan Jawa : Perubahan sosiobudaya keluarga tenaga kerja Indonesia asal Jawa Tengah di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Mujiyono, Bambang Indiatmoko
Subject
DS Asia
Language Code
eng
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2013
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk meneroka peranan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang sudah berkahwin mahupun belum terhadap keluarga, mengetahui fungsi ekonomi, sosial-budaya, pendidikan, dan agama pada keluarga, dan seterusnya ingin mengetahui impak perhubungan kekeluargaan dalam keluarga besar TKI. Kekurangan peluang pekerjaan, keengganan hidup bertani, dan keinginan hidup gaya moden telah memberikan impak kepada generasi muda Jawa. Generasi ini melakukan penghijrahan ke luar daerah, bahkan keluar negeri untuk menjadi pekerja. Salah satu tempat pilihan para pencari kerja ke luar negeri ialah Malaysia. Para pencari kerja tersebut dinamakan Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Keputusan menjadi TKI di Malaysia menimbulkan berbagai-bagai kes. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan metod pengumpulan data temu bual, amatan, dan dokumentasi. Sementara analisis data menggunakan analisis deskriptif dan analisis eksplanatori dengan pendekatan teori struktural fungsional. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa peranan TKI terhadap keluarga yang ditinggalkan terdapat dua perbezaan, iaitu bagi TKI yang belum berkeluarga, kecil pengaruhnya terhadap keluarga, namun bagi TKI yang sudah berkeluarga dan meninggalkan keluarganya menimbulkan impak perceraian dalam kalangan keluarga dan cenderung merosakkan nilai perkahwinan. Fungsi TKI dalam keluarga dapat dilihat dari sudut ekonomi, iaitu sebahagian TKI telah membuat kejayaan dan sebahagiannya tidak memberi kesan dalam ekonomi. Pengaruh lain terhadap keluarga dan TKI sendiri adalah terdapat impak pendidikan, sosial-budaya, agama, dan sistem perhubungan kekerabatan keluarga yang kurang menguntungkan. Saranan yang ingin disampaikan adalah dari segi peningkatan kesejahteraan keluarga TKI Jawa, tidak semata-mata kesejahteraan ekonomi melainkan faktor nilai-nilai kebudayaan dalam keluarga hendaklah dijadikan pertimbangan utama bagi TKI. Diharapkan juga kebijaksanaan daripada pihak-pihak tertentu agar menjaga kepentingan TKI supaya dapat mengurangkan impak kepada keluarga yang ditinggalkan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.