UPSI Digital Repository (UDRep)

Konstruk instrumen penilaian efikasi kendiri guru Pendidikan Jasmani

AVAILABLE Thesis 3034 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Konstruk instrumen penilaian efikasi kendiri guru Pendidikan Jasmani
Type
Thesis
Main Author
Abdul Rahim Dumpok
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan menghasilkan instrumen dan menilai tahap efikasi kendiri guru Pendidikan Jasmani (PJ) sekolah menengah dan mengetahui faktor-faktor persekitaran yang mempunyai perkaitan dengan tahap efikasi kendiri mereka. Kajian adalah berbentuk tinjauan. Tiga lokasi dipilih secara rawak iaitu daerah Petaling Utama bagi kategori bandar manakala daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam bagi kategori luar bandar. Sampel kajian ialah 307 orang guru PJ. Data dipungut menggunakan instrumen soal selidik Teachers Sense of Efficacy Scale (TSES) yang diubahsuai. Kesahan bahasa instrumen soal selidik diperoleh dengan merujuk kepada pakar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris manakala pakar bidang dirujuk untuk mendapatkan kesahan kandungan item soal selidik. Kajian rintis dijalankan terhadap 108 orang guru PJ di daerah Kinta Utara, Perak sebelum kajian sebenar bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik. Analisis Cronbach Alpha digunakan untuk mendapatkan kebolehpercayaan manakala Analysis Faktor digunakan bagi mendapatkan kesahan instrumen soal selidik. Data kajian dianalisis menggunakan statistik MANOVA dan Regresi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap penglibatan pelajar, strategi instruksional, pengurusan kelas dan efikasi kendiri antara guru PJ di bandar dengan guru PJ di luar bandar, antara guru PJ lelaki di bandar dengan luar bandar, antara guru PJ perempuan di bandar dengan di luar bandar. Terdapat juga perbezaan yang signifikan antara opsyen dengan bukan opsyen guru PJ. Walaubagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penglibatan pelajar, strategi instruksional, pengurusan kelas dan efikasi kendiri antara guru PJ lelaki dengan guru PJ perempuan. Analisis Regresi Berganda pula menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara lima faktor persekitaran dengan tahap efikasi kendiri guru PJ. Kajian ini menghasilkan instrumen penilaian efikasi kendiri guru PJ yang sah dan dapat digunakan oleh banyak pihak bagi menilai efikasi kendiri guru PJ dan faktor persekitaran yang mempengaruhi efikasi kendiri mereka. Hasil kajian ini dapat digunakan untuk melakukan penambahbaikan bidang perguruan dan sistem pendidikan negara.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.