UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :TP Chemical technology
Main Author :Badrulhisham Ahmat
Title :Pembinaan dan penilaian instrumen kesedaran kimia hijau pelajar sekolah menengah (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membangun dan mengesahkan Instrumen Kesedaran Kimia Hijau (IKKH) bagi mengumpul maklumat kesedaran kimia hijau dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Pendekatan kuantitatif digunakan dan melibatkan pelajar yang mengambil mata pelajaran kimia tingkatan empat. Seramai 700 responden terlibat dalam fasa I dan 500 responden dalam fasa II. Kajian juga menilai kesedaran kimia hijau pelajar menggunakan IKKH yang telah dibina. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan analisis faktor penerokaan (AFP) dan analisis faktor pengesahan (AFS). Dapatan kajian menunjukkan IKKH yang dibangunkan mempunyai nilai indeks kesahan kandungan (IKK) yang tinggi iaitu 0.92. Hasil daripada analisis AFP fasa I dan fasa II menunjukkan terdapat empat konstruk yang diekstrak iaitu pengetahuan, sikap, nilai dan kesedaran terhadap kimia hijau mempunyai kebolehpercayaan yang baik dengan nilai Cronbach alpha melebihi 0.7. Hasil analisis AFS fasa II pula menunjukkan kesepadanan yang baik antara model pengukuran dengan data kajian. Penilaian ke atas IKKH pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesedaran kimia hijau antara pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek pengetahuan, nilai dan kesedaran kimia hijau antara pelajar sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Kesimpulannya, IKKH yang dibina adalah sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang signifikan. Kajian ini memberi implikasi bahawa IKKH boleh digunakan sebagai satu instrumen untuk menilai kesedaran kimia hijau dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)