UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Nurfarah Lo Abdullah
Title :Pengaruh persekitaran terhadap penguasaan struktur ayat Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2008
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini meneliti pengaruh persekitaran terhadap penguasaan struktur ayat bahasa Melayu (SABM) dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Tujuan kajian ini secara umum untuk meninjau SABM dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, manakala secara khusus, kajian ini menyelidiki pengaruh persekitaran terhadap penguasaan SABM dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Reka bentuk kajian berbentuk deskriptif dan melibatkan kajian kes serta tinjauan. Kajian kes tertumpu pada satu kes tetapi menggunakan pelbagai lokasi, manakala kaedah tinjauan pula untuk mendapatkan data kuantitatif bagi mengenal pasti hubungan antara tahap pelajaran ibu, faktor persekitaran fizikal dan faktor peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan SABM kanak-kanak. Tiga kaedah utama digunakan, iaitu kaedah pemerhatian, kaedah rakaman dan kaedah soal selidik. Kaedah pemerhatian dan kaedah rakaman dijalankan serentak dari awal hingga akhir proses pengumpulan data. Kaedah soal selidik pula digunakan pada awal kerja penyelidikan. Responden kajian terdiri daripada 78 kanak-kanak prasekolah yang dipilih daripada 11 buah prasekolah di sekitar daerah Hulu Selangor. Instrumen kajian seperti kad-kad gambar dan pita rakaman digunakan, di samping aktiviti-aktiviti yang terancang dilaksanakan bagi memperoleh data yang dikehendaki. Data ditranskripsi dan diproses melalui program Statistical Package for Social Sciences (SPSS), versi 11.0. Analisis jadual silang, analisis korelasi Pearson Momen dan analisis regresi diaplikasikan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Data kemudian dipersembahkan dalam bentuk jadual frekuensi dan jadual silang. Hasil analisis data menunjukkan bahawa SABM yang paling dominan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah daripada pelbagai latar belakang dan tahap status sosioekonomi keluarga ialah struktur ayat inti. Ayat inti juga didapati lebih dominan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di kawasan luar bandar. Di samping itu, analisis jadual silang dan analisis korelasi Pearson Momen menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara variabel-variabel bebas dengan SABM kanak-kanak prasekolah. Hasil analisis regresi pula menunjukkan bahawa faktor kekerapan membaca dan faktor peluang meluahkan perasaan merupakan dua faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi SABM kanak-kanak prasekolah
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.