UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Amir Kamarudin
Title :Pengaruh segmen persekitaran terhadap kecemerlangan akademik
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2009
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kesan dan hubungan pengaruh segmen persekitaran yang berkaitan dengan ciri-ciri penglibatan ibubapa, pengaruh rakan sebaya, peranan guru, pengurusan sekolah, keberkesanan tuisyen, tahap sosio ekonomi, keputusan peperiksaan dan harga diri terhadap kecemerlangan pencapaian akademik. Bagi mencapai hasrat ini, set-set soalan soal selidik telah dibentuk dan diedarkan bertujuan untuk mengutip data. Item-item yang digunakan dalam instrumen adalah berasaskan kepada Skala Likert bermata Lima. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada 120 orang murid-murid sekolah rendah Tahun Lima dan Tahun Enam sebagai responden di enam buah sekolah yang terletak di Daerah Hilir Perak. Keputusan analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kesemua segmen persekitaran terhadap kecemerlangan akademik. Ini dapat dilihat daripada hasil keputusan korelasi yang signifikan bagi setiap pembolehubah bebas dimana pengaruh rakan sebaya (r = 0.191), penglibatan ibubapa (r = 0.349), status ekonomi ibubapa (r = 0.248), peranan guru (r = 0.366), pengurusan sekolah (r = 0.231), keberkesanan tuisyen (r = 0.345), harga dri (r = 0.389) melainkan pembolehubah bebas keputusan peperiksaan di mana (r = 0.168). Justeru, dapat dirumuskan dalam kajian ini bahawa kesemua pembolehubah bebas menyumbang peningkatan sebanyak 24.9% (R2 = 0.249) terhadap kecemerlangan pencapaian akademik. Untuk mendapatkan kualiti kajian yang lebih tinggi adalah dicadangkan agar bilangan sampel, bilangan sekolah dan bilangan daerah yang terlibat akan ditambah untuk kajian pada masa yang akan datang. Strategi kajian diperingkat kebangsaan juga adalah diperlukan untuk menilai dan mengakreditasikan pencapaian kecemerlangan pendidikan di Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.