UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah Segamat, Johor. Seramai 242 orang murid dengan lelaki (n=120) perempuan (n=122) orang murid tahap dua sekolah rendah iaitu murid tahun empat, lima dan enam terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik berbentuk deskriptif dan ujian-t tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah Segamat, Johor bagi semua murid, mengikut jantina, mengikut bangsa, murid yang berisiko berat badan berlebihan dan murid yang obes adalah pada tahap tinggi. Perbezaan tahap kefahaman pemakanan seimbang menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan mengikut jantina. Kesimpulannya, murid-murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah segamat, Johor mempunyai tahap kefahaman pemakanan seimbang yang tinggi. Walau bagaimanapun tahap pemakanan seimbang murid-murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah Segamat, Johor adalah ditahap sederhana. Tahap kefahaman pemakanan seimbang yang tinggi dapat memberi kesan positif kepada amalan pemakanan sekiranya diamalkan dengan baik. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |