UPSI Digital Repository (UDRep)

Tahap kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah zon selatan, Daerah Segamat, Johor

AVAILABLE Thesis 4482 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Tahap kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah zon selatan, Daerah Segamat, Johor
Type
Thesis
Main Author
Nur Ithtizam Aris
Subject
TX Home economics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah Segamat, Johor. Seramai 242 orang murid dengan lelaki (n=120) perempuan (n=122) orang murid tahap dua sekolah rendah iaitu murid tahun empat, lima dan enam terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik berbentuk deskriptif dan ujian-t tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi kefahaman pemakanan seimbang dalam kalangan murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah Segamat, Johor bagi semua murid, mengikut jantina, mengikut bangsa, murid yang berisiko berat badan berlebihan dan murid yang obes adalah pada tahap tinggi. Perbezaan tahap kefahaman pemakanan seimbang menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan mengikut jantina. Kesimpulannya, murid-murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah segamat, Johor mempunyai tahap kefahaman pemakanan seimbang yang tinggi. Walau bagaimanapun tahap pemakanan seimbang murid-murid tahap dua sekolah rendah di Zon Selatan, Daerah Segamat, Johor adalah ditahap sederhana. Tahap kefahaman pemakanan seimbang yang tinggi dapat memberi kesan positif kepada amalan pemakanan sekiranya diamalkan dengan baik.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.