UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan dan penilaian instrumen pentaksiran komprehensif dalam kursus kokurikulum permainan bola sepak kolej matrikulasi

AVAILABLE Thesis 2815 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembinaan dan penilaian instrumen pentaksiran komprehensif dalam kursus kokurikulum permainan bola sepak kolej matrikulasi
Type
Thesis
Main Author
Mohd Rosli Mat Yazid
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina dan menguji Instrumen Pentaksiran Komprehensif (IPK) dalam kursus kokurikulum permainan bola sepak bagi pelajar kolej matrikulasi. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah pra eksperimen. Kajian dilaksanakan di sembilan buah kolej matrikulasi di seluruh Malaysia dengan sampel terdiri daripada 17 orang pensyarah dan 283 orang pelajar. Instrumen Pentaksiran Komprehansif (IPK) mengandungi borang penilaian berupa rubrik pemarkahan terdiri daripada domain kognitif, psikomotor, afektif dan borang soal selidik persetujuan pensyarah terhadap penggunaan IPK bagi kursus kokurikulum permainan bola sepak. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap dan aras pencapaian pembelajaran pelajar manakala analisis inferensi melibatkan ujian korelasi dan K-R20 yang menjelaskan hubungan antara pembolehubah. Hasil analisis menunjukkan nilai kesahan dan kebolehpercayaan IPK sangat tinggi dan boleh diterima pakai. Hasil analisis menunjukkan pencapaian pembelajaran kognitif pelajar berada pada tahap baik, pencapaian pembelajaran psikomotor pelajar semasa sesi latihan dan semasa sesi pengajaran berada pada aras menghubungkait. Manakala pencapaian pembelajaran afektif pelajar berada pada aras tindakan. Hasil analisis persetujuan pensyarah terhadap penggunaan IPK menunjukkan peratus persetujuan berada pada tahap sangat baik. Hasil kajian, kaedah penilaian menggunakan IPK sesuai digunakan sebagai alat ukur yang standard bagi mengukur tahap pencapaian pembelajaran pelajar dalam kursus kokurikulum permainan bola sepak pelajar kolej matrikulasi.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.