UPSI Digital Repository (UDRep)

Penilaian pelaksanaan program hafazan dalam kalangan pelajar MRSM negeri Perak

AVAILABLE Thesis 1153 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penilaian pelaksanaan program hafazan dalam kalangan pelajar MRSM negeri Perak
Type
Thesis
Main Author
Noor Fadilah Ambo
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Hafazan dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berdasarkan model Konteks, Input, Proses dan Produk (KIPP). Kajian adalah berbentuk deskriptif yang melibatkan pelajar di tiga buah MRSM di Negeri Perak. Seramai 240 orang pelajar terlibat sebagai sampel kajian. Kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah tinggi iaitu di antara 0.815-0.833. Data yang diperoleh diproses secara statistik deskriptif, ujian -t dan ujian regresi berganda. Hasil analisis menunjukkan bahawa min objektif, perancangan, strategi dan kaedah serta tugasan dan aktiviti pengayaan adalah pada tahap sederhana. Sisihan piawai adalah tinggi dan menunjukkan perbezaan min yang besar antara kumpulan pelajar-pelajar dalam input dan proses. Manakala ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar MRSM Program Khas Pendidikan (PKP) dan bukan PKP dalam membuat perancangan sebelum dan selepas, tetapi perbezaan yang tidak signifikan semasa pelajar menghafaz. Hasil ujian regresi berganda menunjukkan bahawa keempat-empat peramal memberi sumbangan sebanyak 13.3 peratus dalam pelaksanaan program ini. Peramal utama yang memberi sumbangan paling besar adalah objektif pelajar dengan sumbangan sebanyak 6.8 peratus, diikuti perancangan 3.5 peratus, tugasan dan aktiviti pengayaan pelajar sebanyak 2.10 peratus dan strategi serta kaedah menghafaz pelajar sebanyak 0.90 peratus. Terdapat tiga cadangan utama yang merujuk kepada peranan pihak pengurusan serta pentadbir, guru dan pelajar yang perlu saling berkerjasama untuk menjayakan program ini. Implikasi kajian ini melibatkan kesediaan pelajar untuk mengetahui objektif mereka menghafaz surah dan bilangan ayat mengikut hari, minggu atau bulan serta perancangan yang dibuat sebelum, semasa dan selepas. Dicadangkan juga pelajar menggunakan alat bantu untuk menghafaz.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.