UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan kad permainan untuk mengenalpasti radas makmal dalam kalangan murid tingkatan satu

AVAILABLE Thesis 1484 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Keberkesanan kad permainan untuk mengenalpasti radas makmal dalam kalangan murid tingkatan satu
Type
Thesis
Main Author
Salinatul Saadiah Saat
Subject
Q Science (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kelemahan mengenalpasti dan mengendalikan radas makmal kerap dikesan di peringkat pengajian sekolah menengah. Kajian eksperimen ini dijalankan untuk menguji keberkesanan kad permainan sebagai salah satu kaedah pengukuhan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai radas makmal dalam kalangan murid tingkatan satu serta menguji penilaian murid terhadap kad permainan yang dibangunkan. Subjek dalam kajian ini adalah murid tingkatan satu di sebuah sekolah menengah. Empat puluh orang responden yang dipilih secara persampelan rawak dua peringkat telah digunakan dalam kajian ini. Satu kumpulan sebagai kumpulan rawatan, manakala satu kumpulan yang lain sebagai kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan didedahkan dengan penggunaan kad permainan manakala kumpulan kawalan didedahkan dengan pembelajaran secara kaedah tradisional. Data dikumpul menggunakan ujian pra dan pasca dan soal selidik penilaian. Perbezaan dapatan ujian tersebut pula dilihat menggunakan statistik inferensi ujian-t, manakala skala Likert dianalisis menggunakan statistik deskriptif frekuensi, min dan median. Dapatan analisis ujian-t menunjukkan bahawa skor min ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan meningkat jika dibandingkan dengan ujian pra. Walaubagaimanapun responden yang menggunakan kad permainan telah menunjukkan peningkatan skor min yang lebih tinggi daripada responden yang terdedah dengan kaedah tradisional. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah kad permainan memberi impak yang signifikan terhadap murid dalam mengenalpasti radas makmal. Seterusnya murid kumpulan rawatan juga diminta untuk menilai keberkesanan kad permainan yang digunakan dalam kajian ini berdasarkan empat kriteria iaitu matlamat, rekabentuk kad, komponen dan sistem, serta kebolehgunaan permainan. Secara keseluruhan, murid sangat bersetuju bahawa kad permainan memenuhi empat kriteria. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membuktikan kad permainan dapat meningkatkan pengetahuan asas radas makmal dan membuka kefahaman mengenai perlunya usaha yang berterusan dalam melakukan pelbagai inisiatif dan inovasi untuk meningkatkan pencapaian murid dalam subjek sains seterusnya kualiti pendidikan juga dapat dipertingkatkan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.